Saturday, May 23, 2009

Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU)

Pengenalan

Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) adalah sebuah institusi pendidikan swasta (IPS) yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia ditubuhkan untuk menyediakan modul dan kemudahan latihan kepada golongan belia, ibu tunggal, bekas tentera, bakal pesara dan orang awam yang ingin mendalami ilmu dan kemahiran di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Program dan modul latihan yang disediakan dipersesuaikan dengan iklim ekonomi semasa negara. Ini bagi mempastikan apa yang dipelajari oleh para pelatih akan sentiasa relevan dengan kehendak pasaran kerjaya dan perkembangan ekonomi negara.


Pendaftaran Dan Pentauliahan

Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) didaftarkan pada 4 Jun 2003 di bawah Peraturan Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997 dengan Rujukan : KP/JPS. SEK(Dft/Aku) I – Nombor Perakuan B3K 5467.

ITKAU juga adalah sebuah Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Pembangunan Sumber Manusia dahulunya Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

ITKAU telah ditauliahkan sebagai panel penyedia latihan untuk;
i. Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)
ii. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
iii. Pejabat-Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
iv. Kementerian Pembangunan Wanita dan berpuluh buah agensi dan jabatan kerajaan sebagaimana senarai yang dilampirkan.


Lokasi Dan Konsep Kampus

ITKAU memiliki kampus tetap sendiri yang terletak di:
Lot 2822, Batu 11, Gesir Tengah, 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

Pejabat Pentadbiran dan Komunikasi

Pejabat Pentadbiran ITKAU adalah berpusat di kampus ITKAU di alamat seperti di atas.

No. telefon pejabat : 05 4542902
No. telefaks : 05 4542761
Alamat e-mel : info@itkau.edu.my
Laman web : www.itkau.edu.my

5 comments:

  1. salam, kenapa website itkau tak updated?
    ibu saya bermminat utk mengetahui kursus2 terkini.

    ReplyDelete
  2. salam,saya nak tahu dengan lebih lanjut kelas-kelas dan modul-modul yang ditawarkan oleh Chef Li

    ReplyDelete
  3. www.itkau.edu.my

    kenapa link di atas tiada update? dan www.darultijary.com.my tak boleh dibuka langsung?

    ReplyDelete
  4. saya dapat tahu ada kursus terbaru dari ITKAU pendaftaran cuma rm 10 ja macamana nak dapat info lanjut

    ReplyDelete
  5. sir i can open any link that daruljary.com. actually my friend so interested to be 'King of cooking' please make something for us

    ReplyDelete